Menuju ke Solaris Dutamas selepas makan tengahari petang Sabtu kelmarin, tidaklah susah mencari venue ini kalau berkenderaan sendiri. Melihat dengan kehadiran, tempat ini perlu lebih pengangkutan yang memudahkan untuk sampai ke sana.
Kira-kira hampir sebulan lebih sebelum tarikh acara ini, telah diwar-warkan tentang Destroy Shred Destroy ini. Cara promosi yang agak memberangsangkan, dengan kata lain, percubaan sedaya upaya meletak muzik genre Hardcore/Metal di tempat yang lebih tinggi. Kredit sepenuhnya harus diberi kepada organizer.
Acara dimulakan dengan pentas digegarkan oleh Unexpected Mercy, menjadi perhatian adalah drummer band ini, seorang gadis comel molek bernama Vivian. Dengan tanpa ragu, The Padangs mengambil alih pentas disusuli oleh Sammael Abraham. Tidak banyak yang perlu diperkatakan untuk The Padangs, yang sememangnya sudah biasa memberikan yang terbaik. Sammael Abraham juga tidak kurangnya, satu lagu dari Suicide Silence, Unanswered dimainkan.
Semasa band berganti pentas, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah, hadiah-hadiah yang cukup lumayan dari sponsor yang menyumbangkan seperti gitar dari The Guitar Store, T-Shirt dan kasut dari Macbeth dan juga T-shirt dari Crooz dan Petersay Denim. Paling mencuri perhatian adalah, voucher makanan dari Bawal Power.
Nevrewreck, satu band lama yang kembali setelah 4 tahun menyepi, menurut vokalisnya, John. Mungkin kerana melewati waktu magrib, Nervewreck hanya memainkan 2 atau 3 buah lagu sahaja. Teringat kenangan menonton Nervewreck di dalam VCD Rock The World 3. Walaupun kini hanya berempat, masih di tahap yang memuaskan, sehingga encore dipinta-pinta semasa di saat akhir. Mereka sempat memberikan encore yang tidak lebih 1 minit, perkiraan kasar.
Crowd surfing ini semasa Nervewreck beraksi.
Selepas pentas berehat waktu magrib, Dj Nas-T mengambil alih acara dengan beat-beat yg memukau. Pertama kali juga rasanya, di dalam acara genre sebegini ada slot untuk Dj berpartay! Beberapa lagu dari Bring Me The Horizon, A Day To Remember di putarkan oleh Nas-T dengan gaya lagunya yang tersendiri.
Kemudian, headliner pertama, Massacre Conspiracy mengambil alih pentas. Crowd sudah menggila apabila saja lagu pertama dilaungkan oleh MC16 ini. Selepas dua lagu, Dj Nas-T sekali lagi mencelah memainkan pilihan lagu, dengan tema Massacre Conspiracy X Dj-Nas-T. Selepas beberapa lagu dari Nas-T, MC16 kembali beraksi. Crowd seakan tidak mengenal erti penat, menggila sepenuhnya ketika ini! MC16 membuktikan aksi mereka betul-betul pada tahap maksima ketika ini.
Massacre Conspiracy
Seusai MC16, headliner kedua iaitu Restraint mengambil alih pentas. Figura hardcore yang sangat disegani ini tanpa ragu menganjak para hadirin terinjak-injak bersama menikmati lagu-laguan mereka. Vokalisnya Ijam, seringkali dikerumuni ketika beraksi, lebih-lebih lagi ketika lagu Pure From Blood, This Promise dan sudah tentunya Until The End. Apa lagi yang perlu diulas tentang Restraint? They are the purest hardcore from the blood! Sebuah lagu dari Hatebreed dimainkan sebagai encore permintaan hadirin.
Restraint
Destroy Shred Destroy 2, adalah satu acara yang sangat tepat dalam menghargai pemuzik yang tegar dalam perjuangan alam keras mereka. Malaysia, inilah dia!




No comments:
Post a Comment